2/11/2012

PEMBEKAL RUMAH BAMBU DI MALAYSIA

Kami adalah pembekal Rumah Bambu dari Indonesia untuk pasaran di Malaysia. Dengan kerjasama yang sudah terjalin sejak tahun 2006 bersama Pak Jatnika yang lebih dikenali sebagai 'Ikon Rumah Bambu' dari Yayasan Bambu Indonesia, kami merintis jalan untuk membawa rumah bambu yang mengabungkan senibina tradisional dan kontemporari dipasaran Malaysia. Berbekalkan pengalaman membina lebih 3000 buah rumah diseluruh Indonesia dan luar negara, kami cukup yakin kerjasama ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati keindahan, keunikan dan keistimewaan rumah bambu. Sebelum ini, sudah 3 buah rumah telah dibina oleh Pak Jatnika iaitu di Hulu Langat, Tanjung Karang dan Bangi.

Berkonsepkan senibina Sunda(Jawa Barat) dan digabungkan dengan idea moden, kami bersedia menerima tempahan untuk membina rumah bambu idaman hati. Setiap rumah yang dibina adalah unik dan direkabentuk mengikut kesesuaian tapak dan keinginan pemilik agar menimbulkan suasana yang harmoni dan kondusif untuk keselesaan maksima kepada pemilik. Perkhidmatan membuat landskap juga diberikan jika dikehendaki oleh pelanggan.

Bahan binaan terdiri dari pelbagai sais dan spesis bambu yang terdapat di Indonesia mengikut kegunaannya didalam rumah. Buluh-buluh menjalani proses rawatan dan pengawetan terlebih dahulu sebelum dikeringkan untuk menghindari serangan bubuk dan anai-anai. Buluh-buluh ini boleh tahan melebihi 20 tahun.

(Pelbagai spesis bambu yang digunakan untuk membina rumah bambu)

Pembinaan rumah akan dibuat sepenuhnya di lokasi, sementara semua bahan buluh yang diperlukan di impot secara buluh panjang yang belum di potong(bukan secara CKD atau pre- frabricated). Arkitek yang bertauliah akan melukis plan bangunan dan tukang yang mahir akan membina rumah dari kerja asas tapak sehingga siap sepenuhnya.

(Kerja pengeringan selepas bambu dirawat dan diawet)

Kami juga bersedia menerima tempahan untuk membina rumah perseorangan, chalet untuk resort dan bangunan komersil yang lain.

Kami juga mengimpot, membekal dan memasang Atap Lalang Bali(Alang-Alang)

Renungkan petikan berikut:

"ORANG YANG KAYA, RUMAHNYA DIPERBUAT DARI TEMBOK.
ORANG YANG 'BETUL BETUL KAYA', RUMAHNYA DIPERBUAT DARI BAMBU"

ALLAHYARHAM ISMAIL SALLEH
[Mantan Menteri Kehakiman Indonesia]

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di 019-7786837, 012-6574123, m_hedzir@yahoo.com

GAMBAR RUMAH BAMBU

ANTARA RUMAH BAMBU HASIL KARYA PAK JATNIKA
(SEPERTI DIDALAM BUKU RUMAH BAMBU)

Kulit Buku Rumah Bambu yang di ilhamkan oleh Pak Jatnika


Antara kandungan didalam buku rumah bambu

Pak Jatnika dihadapan salah sebuah rumah tamu hasil karyanya


Sebuah bangunan seminar mirip Sydney Opera House rekaan Pak Jatnika

Sebuah rumah ditepi tasik yang nyaman

Rumah yang indah mengadap tasik

Rumah diatas bukit yang nyaman

Rumah yang dihias dengan kolam ikan dihadapan rumah

Pemandangan yang cantik dimalam hari sebuah rumah bambu

Sebuah pondok didusun pemilik rumah berkenaan

Landskap yang menarik menambah kecantikan rumah bambu tersebut

Rumah bambu di pinggiran desa

Rumah bambu pertama di Malaysia milik En. Ramadhan di Hulu Langat

Keindahan rumah bambu dan persekitarannya sungguh menenangkan fikiran

Rumah bambu di lereng bukit

Bahan bambu juga digunakan untuk membuat surau yang unik ini

Rumah bambu di hiasi laman berumput

Keindahan rumah bambu didalam kehijauan tamannya

Gazebo yang indah untuk beristirehat diwaktu lapang

Sebuah surau kecil untuk beribadah dengan aman

Gazebo untuk bersantai sambil berbual dengan tamu

Semua gambar-gambar diatas adalah ikhsan dan keizinan dari Pak Jatnika.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di 019-7786837, 012-6574123, m_hedzir@yahoo.com

EXTERIOR RUMAH BAMBU

PEMANDANGAN LUARAN RUMAH BAMBU




















Semua gambar-gambar diatas adalah ikhsan dan keizinan dari Pak Jatnika.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di 019-7786837, 012-6574123, m_hedzir@yahoo.com

INTERIOR RUMAH BAMBU

BAHAGIAN RUANG TAMU RUMAH BAMBU











BAHAGIAN KAMAR TIDUR RUMAH BAMBU










BAHAGIAN RUANG MAKAN RUMAH BAMBU




TANGGA KE RUANG ATAS RUMAH BAMBU


RUANG DALAM BANGUNAN KOMERSIL





Semua gambar-gambar diatas adalah ikhsan dan keizinan dari Pak Jatnika.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di 019-7786837, 012-6574123, m_hedzir@yahoo.com